01 August, 2016

http://kanvasdakwat.blogspot.my/

Sejahtera kepada semua pembaca dan Rakan - rakan blog sekalian,

Seperti yang telah diumumkan pada Pengumuman Pemenang segmen VVIP beberapa blog yang bertuah akan di pilih untuk direview sepanjang bulan Ogos 2016 dalam blog saya.Pemilihan blog untuk direview ini dibuat dengan proses pemilihan secara rawak melalui web random.org.

Maka blog pertama yang bertuah untuk direview dalam bulan Ogos ini adalah.


http://kanvasdakwat.blogspot.my/


K A N V A S  D A K W A T

Tahniah kepada si empunya Blog...

Sedikit pengenalan tentang sang penulis.Beliau dilahirkan dengan nama Mieza Suhaini dan dilahirkan pada 19 Februari 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan.Mula menulis sejak tahun 2012 dan impian beliau adalah untuk menjadi seorang blogger yang beretika dan berheman.Minat dalam bidang penulisan membuatkan beliau bercita cita untuk menjadi penulis novel yang dikenali dan disegani.

Melihat kepada pencapaian - pencapaian blog beliau, blog beliau pernah dimasukkan dalam satu terbitan Berita Harian yang merupakan pencapaian yang sangat bermakna buat beliau.Baca di sini

Selain itu beliau juga merupakan Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari dan beliau nampaknya aktif dalamemngikuti perkembangan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari.

Informasi lanjut mengenai beliau anda boleh baca di Sini


MENARIK DI KANVAS DAKWAT

Saya sempat mentelaah blog Kanvas Dakwat ini untuk menyelami dan penghayati intipati yang disuntik dan disampaikan oleh blog ini kepada pembaca dan ternyata banyak isi- isi dan idea idea yang sangat berguna dan bermanfaat yang boleh diketengahkan oleh si penulis untuk bacaan pembaca dan sebahagiannya menjadi inspirasi kepada rakan - rakan blogger yang lain.


PUISI

Bahagian puisi adalah antara segmen yang pertama mendapat perhatian saya dalam blog ini.Saya ini bukanlah seorang seniman atau seseorang yang mempunyai kemahiran yang baik dalam sesuatu seni seperti penulisan puisi.Namun saya sangat berminat dalam hal - hal puisi terutama sajak - sajak.
 
Puisi dalam blog beliau juga membuatkan saya lebih betah dan lama untuk mengembara ke dalam blog ini sebelum saya pergi kepada bacaan yang seterusnya.
Mungkin kita boleh berkongsi minat yang sama kot.. hehehe.


FOLLOWERS

Sehingga ini 1578 merupakan angka pengikut blog yang sangat baik dan secara tidak langsung ini menggambarkan blog beliau mempunyai kumpulan pembaca dan peminat yang tersendiri yang mungkin tertarik untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai beberapa topik atau subjek yang ditulis oleh beliau dalam blog ini.1578 pengikut juga mungkin memberikan bayanganan kepada Pageviews beliau yang semestinya meriah.Betul ? Saya juga merupakan salah seorang Follower beliau.


PENGIKLANAN

Media,Advertising atau pengiklanan hasil dari pergerakan traffik ke blog beliau membolehkan beliau untuk membuat program pengiklanan dengan membuat review dalam bentuk Advertorial kepada sesiapa sahaja sama ada secara individu,syarikat atau organisasi mahupun badan - badan tertentu untuk membuat kolaborasi dengan beliau melalui program yang ditawarkan kepada beliau.
untuk membuat rundingan untuk sebarang bentuk kerjasama dan pengiklanan bolehlah menghubungi beliau di sini.


LAIN - LAIN

Selain dari apa yang saya kongsikan di atas terdapat banyak lagi yang menarik di blog - blog ini yang harus di baca bagi membuka minda dan diambil manfaat dan pengetahuan yang dikongsikan oleh penulis dalam blog Kanvas dakwat ini.

Selain itu rakan - rakan blogger yanglain juga boleh mencari dan mengambil beberapa inspirasi dalam menyampaikan idea dan kreativiti dalam penulisan blog

Sedikit quote atau petikan kata dari blog beliau.

Quote   

Perempuan seperti aku yang sukar dimengerti, Seperti bancuhan pekat serbuk kopi, Halus. Pahit. Namun enak aroma nya seringkali menyapa rongga hidung, Hanya yang benar - benar memahami, Akan mengerti indahnya saat dinikmati, Kala sunyi sepi sendiri.

 -Teman akrab





TERIMA KASIH DAUN KELADI.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




0 comments:

Post a Comment

AZLAN BLOGLIST