14 July, 2016

http://spendalusuh.blogspot.my/2016/07/keputusan-penuh-duit-raya-giveaway-by.html

SAYA MENANG DUIT RAYA DARI BLOG SPENDALUSUH

Alhamdulillah.Semalam segmen "Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh " telah diumumkan dalam satu post blog SpendaLusuh.Pihak blogger SpendaLusuhpun telah mengeluarkan senarai pemenang - pemenang hadiah bertuah yang akan menerima hadiah hadiah menarik yang ditawarkan dalam segmen tersebut.

Senarai Pemenang Segmen boleh dibaca di Sini.

Senarai pemenang telah pun dikeluarkan dan salah satu pemenangnya adalah Blog Bloglist saya.Tak sangka yang saya akan terpilih sebagai pemenang untuk segmen kali ini.

Sebagai tanda penghargaan untuk penganjuran segmen tersebut lagipun masih bulan Raya di bulan Syawal,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada BlogSpendaLusuh.

Selain itu,Tahniah kepada yang turut disenaraikan menjadi pemenang dalam segmen yang dianjurkan.

Kepada yang tidak menang,jangan berputus asa.Apa yang penting adalah semangat penyertaan yang ditunjukkan selain kita merapatkan perhubungan sesama blogger.Saya secara peribadi menyanjung sokongan yang ditunjukkan dalam setiap kali penganjuran pelbagai segmen dan event - event giveaway yang ditunjukkan oleh rakan - rakan blogger.

Saya juga berharap akan lebih banyak penganjuran segmen giveaway yang akan dianjurkan untuk menambahkan jaringan dalam blogging selain mewujudkan sati persekitaran blog yang positif dalam bidang penulisan.

Akhir sekali saya mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. 




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment

AZLAN BLOGLIST