SEGMEN SALLY NAK BAGI KAD RAYA 2016
Sejahtera kepada semua blogger dan pembaca,
Segmen Sally Nak Bagi Kad Raya 2016 merupakan satu segmen yang agak unik menarik bagi saya.Kenapa ? dalam era moden ini kita sudah dibiasakan dengan ucapan - ucapan yang berbentuk digital seperti SMS,MMS. Whatsapp,WeChat,Facebook dan pelbagai lagi bentuk media moden yang terdapat di alam maya pada sekarang ni.Namun begitu,kemungkinan besar ucapan atau mesej - mesej yang disampaikan secara digital ini akan dipadam atau "Delete" setelah berlaku dan berlangsungnya perayaan tertentu yang dirayakan.
Budaya memberikan kad ucapan semakin dilupakan mungkin ramai yang menganggap ianya sudah tidak relevan dan praktikal kerana zaman moden yang lebih memilih cara yang lebih pantas dan cepat untuk menyampaikan mesej.Sunnguhpun begitu saya berpendapatan budaya memberikan kad ucapan sebagai pengganti diri masih mempunyai sentuhan dan keindahan yang tersendiri.Lagipun kad - kad yang diterima boleh diletak dan menghiasi ruang tamu dan menyerikan lagi hari raya dengan pelbagai ebntuk tulisan kreatif.
Saya berterima kasih kepada blogger ini yang masih meneruskan budaya keda raya ini.Kepada pembaca dan blogger yang merasakan sudah lama tidak menerima kad Hari raya anda bolehlah menyertai segmen yang menarik ini.
Syarat - syarat penyertaan anda boleh baca di sini
Segemen ini akan tamat pada 26.06.2016.
Apa tunggu lagi ?
Jom sertai hari ini atau sekarang juga.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my.
Berminat untuk menjadi bloglist saya ? klik sini
No comments:
Post a Comment