20 May, 2016

SEGMEN #FOLLOWTOFOLLOW SEHINGGA MEI 2016 BY AZLAN RUMADI


SEGMEN #FOLLOWTOFOLLOW SEHINGGA MEI 2016 BY AZLAN RUMADI

Sejahtera ke atas semua pembaca dan followers blog saya.Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang follow blog - blog saya setakat ini.Semoga Tuhan merahmati memberkati kehidupan anda semua dan melapangkan pintu - pintu kesenangan buat anda semua.
Pentingnya Followers dan kenapa #FollowToFollow?

1. Sumber Traffic ke blog anda

Tidak dinafikan followers atau pengikut ataupun setingkat dari itu pelanggan atau subscriber merupakan antara elemen yang sangat penting dalam menghidupkan sesebuah blog kerana ianya menyumbang dalam membawa traffic pelawat kepada blog - blog anda.Oleh itu juga dengan meningkatkan follower juga anda secara tidak langsung meningkatkan laluan traffik pelawat ke blog anda kerana follower ini terdiri dari pelbagai golongan samaada dari pembaca,blogger,peniaga, penganalisa dan banyak lagi.Semestinya Followers ini akan mengikuti perkembangan semasa blog - blog anda tidak mengira apa yang kongsi atau tuliskan di dalam blog anda.Ini memberikan ruang juga untuk anda belajar memperbaiki kemahiran anda dalam menghasilkan isi - isi blog yang lebih berkualiti dan mantap dengan cara anda sendiri.

2. Meluaskan Jaringan ( Network )

Tidaklah lengkap konsep dalam blog sekiranya kita tidak mempunyai jaringan atau rangkaian tertentu untuk dijadikan medium perkongsian sama ada dari segi maklumat,berita dan sebagainya.Followers merupakan jaringan anda untuk berkongsikan segalanya yang anda hasilkan dalam blog anda.Jaringan yang ada akan membantu anda menyebarkan post anda ke dalam jaringan di mana - mana sahaja.Tidak hairan kenapa sesetengah pengelola website tertentu sanggup menghabiskan dan melaburkan beribu malah jutaan ringgit untuk membina jaringan yang cukup mantap untuk perusahaan mereka.

3. Perkongsian Idea Dan Pandangan.

 Kita seorang mungkin tidak mampu untuk menjadikan kita seorang yang mempunyai nilai penambahbaikan bagi memperbaiki prestasi dalam menghasilkan sesuatu.Oleh itu,dengan menjadi follower dan banyak membaca hasil - hasil dari orang lain mampu menghadirkan ilham dan idea dalam menambah pengetahuan dan pengalaman kita terutama membentuk pandangan dan konsep kita dalam sesuatu perkara.Banyak membaca dari orang lain secara tidak langsung juga memberikan kita inspirasi yang sangat bermanfaat untuk dijadikan motivasikan kita dalam berkongsikan setiap apa yang ada dalam fikiran kita kepada semua orang.Saya rasa anda yang menbaca ini pun adakala nya kosong untuk memikirkan idea untuk menulis blog anda pada sesuatu masa atau hari ini.

Segmen #FollowToFollow

Segmen #FollowToFollow merupakan sebuah segmen objektifnya adalah meningkatkan followers blog - blog disamping merapatkan sillaturrahim sesama blogger dan pembaca.Selain itu, saya juga akan menjalankan blogwalking kepada blog - blog yang menyertai segmen ini.Blog - blog yang menyertai sgmen ini juga akan saya masukkan dalam senarai Blogslist saya.

SAYA AKAN FOLLOW BALIK BLOG YANG FOLLOW BLOG SAYA.


Syarat - syarat
 mudah penyertaan.

1.

TEKAN LIKE

 
2.
FOLLOW BLOG ( salah satu )
 
AZLAN RUMADI  |   BLOGLIST
 
 
3.
Tinggalkan URL Blog anda di ruangan komen dibawah.

DONE !
Setinggi Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang sudi menyertai segmen ini.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
 
 
Senarai bloglist saya.Klik Sini

No comments:

Post a Comment