03 July, 2020

SEGMEN BLOGLIST 2020 BLOG SHIDA | www.duniashida.com



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Satu lagi segmen yang menarik buat semua rakan blogger yang ingin menambah rangkaian dan kenalan dalam dunia blogging ini.


Merupakan satu lagi segmen yang simple dan menarik kepada semua blogger tidak mengira siapa pun anda.

Syarat - syarat penyertaan anda boleh baca di >> s i n i <<

Tak sabar nak tahu siapakah senarai pemenangnya nanti.

Senarai blog yang telah didaftarkan sebagai peserta anda boleh baca di >>> s i n i <<<.

Saya join.. jom kita sama sama join segmen ini.

MAJULAH BLOGGER UNTUK NEGARA... gitewww...



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


GIVEAWAY BY A SECRET JOURNEY



 Giveaway by A Secret Journey

Assalamualaikum wbt,

Rasanya dah lamak saya tak join giveaway atau mana - mana event yang rakan blogger anjurkan. Tapi kan,. tak bermakna saya dah lupakan korang ok..

Kali ini saya nak share dan ajak rakan - rakan blogger untuk join salah satu giveaway yang sedang berlangsung dan akan tamat pada 06 Julai 2020 nanti.

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja.

2.Nak tahu syarat - syarat penyertaan ? sila klik kat >>> SINI <<< 

Jom kita join dan support rakan bloggers kita !


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

25 April, 2018

SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN-RAYA 2018 BY HASRULHASSAN.COM


SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN-RAYA 2018 BY HASRULHASSAN.COM

Hasrul Hassan .Beliau merupakan salah seorang blogger yang memberikan saya inspirasi dan banyak panduan dalam blog beliau yang menghidupkan perjalanan blog saya melalui panduan panduan yang beliau sediakan dalam blog beliau di www.hasrulhassan.com .

Beliau kali ini hadir dengan sebuah segmen mudah namun percayalah kalau saya kata segmen ini mempunyai sentuhan magiknya.Sentuhan magik yang macam mana ? kepada rakan blogger yang lain jom sertai dulu segmen ini.. anda akan tahu sendiri.. her her her...

Segmen ini berlangsung dari 24 April 2018 sehingga 29 April 2018. Syarat  - syarat pernyertaan nya ? anda boleh baca di sini.

Amat rugilah kalau rakan blogger tak join blog ini.. hahaha.. why ?? anda terlepas satu magik dari seorang blogger yang berpengalaman macam Hasrul Hassan ini.


PERANCANGAN AKTIVITI - AKTIVITI  SAYA  BULAN RAMADAN TAHUN INI.

Segmen Blogwalking ini Ramadan- Raya 2018 ini adalah bersempena dengan Bulan Ramadhan kan ? kalau nak cerita tentang ativiti -aktiviti bulan Ramadhan ini banyak sebenarnya aktiviti yang saya nak rancang dan plan kemas - kemas.. InshaAllah akan saya laksanakan sebanyak yang  mungkin kalaupun tak dapat nak laksanakan semualah.

Kebiasaannya terdapat banyak aktiviti yang saya akan lakukan.

1. MEMPUASAKAN PEMANDANGAN,PENCIUMAN,PERASAAN DAN PENDENGARAN.

Yes. Puasa bukan setakat puasa makan minum je tau.Semuanya mesti dipuasakan seluruhnya dari segi zahir dan batin kita. Sucikan pemandangan,perciuman,pendengaran dan perasaan kita agar kita mampu menjadi manusia yang lebih optimis dan lebih positif.Cuma nak mempuasakan semuanya tu bukanlah mudah kerana ianya memerlukan muhasabah diri dan juga istiqomah yang kental dengan jiwa dan diri sendiri untuk mempuasanya nya sebaik mungkin.Maklumlah nada dan godaan langsung dan tidak langsung kan banyak sekarang ini.

2. MEMBACA SEBANYAK MUNGKIN AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA.

Kelaziman saya di bulan puasa adalah membaca ayat suci Al-quran beserta dengan terjemahannya.Saya harap tahun ini saya akan dapat membaca lebih banyak ayat - ayat quran dalam bulan berkat Bulan Ramadhan pada tahun ini.Insha Allah, Saya lebih menekankan tentang terjemahan kerana aadalah penting untuk mengetahui dan memahami apa yang disampaikan dalam Al-Quran. Saya ni tak pandai berbahasa Arab tapi dengan membaca terjemahan ayat Al-Quran dalam Bahasa Melayu dapatlah memahami maksud ayat - ayat yang saya bacakan.

3. MENSTRUKTUR DAN MERANCANG DIET SERTA PEMAKANAN

Ceewwaahhh.. ayat bukan main lagi kan...point ayat tu maksudnya menyusun kembali dan merancang diet dan pemakanan saya.Bersempena dengan bulan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan,masa ini lah masa yang sesuai untuk kita menyusun kembali dan merancang kembali diet dan pemakanan kita terutamanya untuk orang yang macam saya. Paling Tidak saya berusaha untuk menurunkan berat badan saya dengan merancang pengambilan makanan sebaik mungkin walaupun saya sedar godaan makanan di bulan Ramadhan ini.MasyaAllah....sungguh menusuk.Namun saya tetap berharap semoga tahun ini saya akan lebih mampu memperbaiki diet dan semoga perancangan makanan saya lebih berjaya. Amin.

4. MENZIARAHI DAN MELAWAT AHLI KELUARGA,SAHABAT DAN  KAWAN- KAWAN.

Kalau difikirkan memang bila - bila masa pun kita boleh buat ziarah ni kan ? Namun 'Aura" nya di bulan Ramadhan memang berbeza.Percayalah... kerana bulan ramadhan kita berpuasa dan setting dari segi mental fizikal pun beza... jadi suasana pun akan berbeza malah unik berbanding masa lain.Lagipun yang paling bestnnya mungkin masa melawat boleh terus mengadakan majlis berbuka bersama dan banyak perkara yang boleh dikongsikan dari banyak segi. Sebab itulah saya sering menghabiskan masa di Bulan Ramadan denfgan menziarah dengan kawan - kawan dan pergi ke rumah ahli keluarga saya.Lebih lebih beberapa minggu lagi nak raya semestinya ramai saudara - saudara yang merantau jauh akan pulang kampung dan masa inilah kita dapat duduk bersama dan berkongsi tentang kehidupan masing - masing..


5. UPDATE BLOG DAN SOSIAL MEDIA

Hehehehe yang ini.Mesti. Tapi Tema dan tajuk akan sedikit beza.Kebanyakannya akan menjurus kepada Muhasabah diri,,,renungan... refleksi diri dan banyak lagi...Paling tidak dengan update perkara - perkara yang mengajak kepada kebaikan turut mendidik jiwa dan rohaniah kita agar menjadi insan yang lebih terbuka dan positif dalam memikirkan tentang perjalanan kehidupan. Selain itu ianya merupakan salah satu cara kita untuk saling ingat mengingati sesama insan.InshaAllah.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


23 March, 2017

BLOG GIVEAWAY BY RII

http://realsviors.blogspot.my/2017/03/blog-giveaway-by-rii.html 

BLOG GIVEAWAY BY RII

Seingat saya dah lama tak menyertai segmen giveaway anjuran rakan - rakan blogger dan kali ini baru ada ruang dan waktu untuk join segmen Giveaway ini.

Segmen Blog Giveaway By RII adalah segmen pilihan saya pada kali ini.Segmen ini menetapkan syarat - syarat mudah yang senang untuk diikuti oleh rakan - rakan blogger bagi sesiapa yang nak join.Simple je Baca sini. 

BUKU !! yes, ini lah sebab utama saya memilih segmen ini kerana ianya menwarkan buku sebagai hadiah kerana saya juga seorang yang suka mengumpul buku - buku.Segmen Blog Giveaway By RII ini menawarkan hadiah berupa buku - buku yang menarik dan semestinya bermanfaat untuk kita sampai bila - bila.selain itu ada lagi EXTRA PRIZE untuk dimemenangi.Untuk maklumat yang lebih lanjut sila baca di sini. 

Bagi mengetahui maklumat yang lebih lanjut dan terperinci mengenai segmen mudah dan menarik ini anda boleh baca semuanya di sini.

Segmen ini akan berakhir pada 1 April 2017.

JOM JOIN. !




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

05 January, 2017

2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL

http://realsviors.blogspot.my/2017/01/2017-first-giveaway-by-sfrnfzl.html

2017 FIRST GIVEAWAY BY SFRNFZL 

Assalamualaikum wbt dan salam satu Blogger,Selamat Tahun Baru 2017.

Segmen "2017 First Giveaway By SFRNFZL " adalah segmen pertama yang saya sertai pada tahun baru ini jeng jeng jeng... agak agak dapat menang ke tak ? hehehehe.. walau apa pun mari kita sama - sama coba segmen yang mudah dan simple ini dan menawarkan banyak hadiah menarik untuk rakan - rakan blogger yang menyertai segmen ini.
Syarat - syarat penyertaan bolehlah di baca dengan lebih lanjut di sini. 

Ada segmen..mest ada hadiah kan.. nak tahu apa hadiah yang di tawarkan pada untuk segmen menarik ini ?

Tarikh Tamat Segmen ini adalah pada
 25 Februari 2017.

Kepada rakan blogger sekalian apa tunggu lagi.. jom serbu segmen ini...Manalah tahu kalau berjaya terpipih memenangi hadiah menarik yang ditawarkan oleh Sang Penganjur..


Sekian,Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga Allah merahmati dan memberkati selalu.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 
 

29 September, 2016

GIVEAWAY BY BUSYRATAKIYUDIN

http://www.busyratakiyudin.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html

GIVEAWAY BY BUSYRATAKIYUDIN

Sejahtera kepada semua pembaca dan rakan blogger.
Rasanya agak lama untuks saya tidak menyertai mana - mana segmen Giveaway. Segmen Giveaway By Busyra Takiyudin merupakan segmen yang pertama yang saya sertai untuk bulam September ini.Memandangkan esok 30 September 2016 yang merupakan tarikh penutupan Segmen Penyertaan untuk Giveaway ini,jadi saya juga turut tertarik dengan tawaran penyertaan ini dan ingin mencuba nasib.Siapa tahu kalau penyertaan saya ini dipilih menjadi pemenang.

Syarat - syarat dan tawaran dari Penganjur anda boleh baca di sini.

Syarat keempat adalah yang syarat yang paling menarik,
4. Tuliskan kekurangan blog ini (dari segi penulisan / halaman blog / ataupun apa saja yang membolehkan aku perbetulkan apa yang kurang di blog ini) *tak perlu panjang, satu ayat dah mencukupi*
 Ok, apa yang kurangnya dalam blog ini.Kalau dilihat secara keseluruhan blog ini sudah memeuhi kriteria sebuah blog yang mempunyai imej yang tersendiri.

Then, saya mendapati blog ini tidak mempunyai "POST THUMBNAIL" seperti kebanyakan blog - blog.Post Thumbnail mungkin boleh dimasukkan dalam blog ini untuk memudahkan pembaca,pelawat atau rakan blogger untuk melihat senarai atau lebih banyak post - post yang telah dibuat tanpa perlu merujuk kepada Arkib.Tu je !



SELAMAT BERSEGMEN.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my