SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN-RAYA 2018 BY HASRULHASSAN.COM
Hasrul Hassan .Beliau merupakan salah seorang blogger yang memberikan saya inspirasi dan banyak panduan dalam blog beliau yang menghidupkan perjalanan blog saya melalui panduan panduan yang beliau sediakan dalam blog beliau di
www.hasrulhassan.com .
Beliau kali ini hadir dengan sebuah
segmen mudah namun percayalah kalau saya kata segmen ini mempunyai sentuhan magiknya.Sentuhan magik yang macam mana ? kepada rakan blogger yang lain jom sertai dulu segmen ini.. anda akan tahu sendiri.. her her her...
Segmen ini berlangsung dari
24 April 2018 sehingga 29 April 2018. Syarat - syarat pernyertaan nya ? anda boleh baca
di sini.
Amat rugilah kalau rakan blogger tak join blog ini.. hahaha.. why ?? anda terlepas satu magik dari seorang blogger yang berpengalaman macam
Hasrul Hassan ini.
PERANCANGAN AKTIVITI - AKTIVITI SAYA BULAN RAMADAN TAHUN INI.
Segmen Blogwalking ini Ramadan- Raya 2018 ini adalah bersempena dengan Bulan Ramadhan kan ? kalau nak cerita tentang ativiti -aktiviti bulan Ramadhan ini banyak sebenarnya aktiviti yang saya nak rancang dan plan kemas - kemas.. InshaAllah akan saya laksanakan sebanyak yang mungkin kalaupun tak dapat nak laksanakan semualah.
Kebiasaannya terdapat banyak aktiviti yang saya akan lakukan.
1. MEMPUASAKAN PEMANDANGAN,PENCIUMAN,PERASAAN DAN PENDENGARAN.
Yes. Puasa bukan setakat puasa makan minum je tau.Semuanya mesti dipuasakan seluruhnya dari segi zahir dan batin kita. Sucikan pemandangan,perciuman,pendengaran dan perasaan kita agar kita mampu menjadi manusia yang lebih optimis dan lebih positif.Cuma nak mempuasakan semuanya tu bukanlah mudah kerana ianya memerlukan muhasabah diri dan juga istiqomah yang kental dengan jiwa dan diri sendiri untuk mempuasanya nya sebaik mungkin.Maklumlah nada dan godaan langsung dan tidak langsung kan banyak sekarang ini.
2. MEMBACA SEBANYAK MUNGKIN AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA.
Kelaziman saya di bulan puasa adalah membaca ayat suci Al-quran beserta dengan terjemahannya.Saya harap tahun ini saya akan dapat membaca lebih banyak ayat - ayat quran dalam bulan berkat Bulan Ramadhan pada tahun ini.Insha Allah, Saya lebih menekankan tentang terjemahan kerana aadalah penting untuk mengetahui dan memahami apa yang disampaikan dalam Al-Quran. Saya ni tak pandai berbahasa Arab tapi dengan membaca terjemahan ayat Al-Quran dalam Bahasa Melayu dapatlah memahami maksud ayat - ayat yang saya bacakan.
3. MENSTRUKTUR DAN MERANCANG DIET SERTA PEMAKANAN
Ceewwaahhh.. ayat bukan main lagi kan...point ayat tu maksudnya menyusun kembali dan merancang diet dan pemakanan saya.Bersempena dengan bulan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan,masa ini lah masa yang sesuai untuk kita menyusun kembali dan merancang kembali diet dan pemakanan kita terutamanya untuk orang yang macam saya. Paling Tidak saya berusaha untuk menurunkan berat badan saya dengan merancang pengambilan makanan sebaik mungkin walaupun saya sedar godaan makanan di bulan Ramadhan ini.MasyaAllah....sungguh menusuk.Namun saya tetap berharap semoga tahun ini saya akan lebih mampu memperbaiki diet dan semoga perancangan makanan saya lebih berjaya. Amin.
4. MENZIARAHI DAN MELAWAT AHLI KELUARGA,SAHABAT DAN KAWAN- KAWAN.
Kalau difikirkan memang bila - bila masa pun kita boleh buat ziarah ni kan ? Namun 'Aura" nya di bulan Ramadhan memang berbeza.Percayalah... kerana bulan ramadhan kita berpuasa dan setting dari segi mental fizikal pun beza... jadi suasana pun akan berbeza malah unik berbanding masa lain.Lagipun yang paling bestnnya mungkin masa melawat boleh terus mengadakan majlis berbuka bersama dan banyak perkara yang boleh dikongsikan dari banyak segi. Sebab itulah saya sering menghabiskan masa di Bulan Ramadan denfgan menziarah dengan kawan - kawan dan pergi ke rumah ahli keluarga saya.Lebih lebih beberapa minggu lagi nak raya semestinya ramai saudara - saudara yang merantau jauh akan pulang kampung dan masa inilah kita dapat duduk bersama dan berkongsi tentang kehidupan masing - masing..
5. UPDATE BLOG DAN SOSIAL MEDIA
Hehehehe yang ini.Mesti. Tapi Tema dan tajuk akan sedikit beza.Kebanyakannya akan menjurus kepada Muhasabah diri,,,renungan... refleksi diri dan banyak lagi...Paling tidak dengan update perkara - perkara yang mengajak kepada kebaikan turut mendidik jiwa dan rohaniah kita agar menjadi insan yang lebih terbuka dan positif dalam memikirkan tentang perjalanan kehidupan. Selain itu ianya merupakan salah satu cara kita untuk saling ingat mengingati sesama insan.InshaAllah.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my